Saturday, September 23, 2017

Makna sebuah perhubungan...

Bila masa berganjak hari demi hari
Pastinya semua yang indah bakal pudar
Tatkala semua kelakuanmu pasti ada yang tidak lagi disenangi
Semua itu pasti mencetuskan rasa tidak senang

Pastinya beribu persoalan akan diungkitkan
Mengapa dulu begini dan sekarang tidak lagi
Jika hari ini terbentang luas debat persoalan
Sehingga siang menginjak ke malam semuanya masih kusut

Benar...
Hati ini terdetik untuk mencuba semula dan memperbaikinya
Tetapi hari demi hari pasti ada sahaja yang mengundang amarah
Akal memberontak untuk terus akhiri semua sketsa kehidupan
Namun hati masih memujuk untuk bersabar

Setiap detik memujuk hati untuk melupakan semuanya
Setiap kali itulah hati merintih menahan segala kesedihan
Makin lama luka semakin dalam
Berharap hari esok pasti berubah segalanya

Apa pilihan yang ada
Jika ianya semudah yang difikirkan untuk terus berkongsi duka
Pastinya bukan diri ini
Tidur pasti membuatkan segala tragis terubat seketika

Hari ini....
Duka dan sendu bertamu lagi dihati
Jari pantas menitipkan bait bait duka agar segala kesedihan terubat
Kadang kata kata titipan dan rintihan di google menjadi penyelesaian

Ingin sahaja diluahkan pada sesiapa
Namun ak sedar yang ianya tak semudah itu
Semoga di suatu hari dia kan sedar yang aku terlalu terluka
Ku cuba bertahan selagi mampu

Bingkisan hati...
24 September 2017

Wednesday, January 6, 2010

Dunia ke-2 ku


Skarang ni ak tgh menjalani praktikal di kementerian pelancongan. Macam-macam kerenah dan ragam budak- budak kat sini..First time nak masuk mang gabra la jugak coz takut tak diterima tp hari demi hari akhirnya ak dapat menyesuaikan diri kat sini...banyak jugakla event yang aku join dan yang paling best time tarian cuti-cuti malaysia..Mang best walaupun susah jugak nak menghafal step nyer..thanx pada kak linda, peanut, mas , kak faza n da geng coz tolong ak melembutkan sedikit demi sedikit langkah tari tirana ni..ntah pape..had fun sangat 2..

Saturday, September 26, 2009

Perjalanan bermula

Lepas je raya seminggu, ini bermakna aku kena balik semula ke tempat belajar di Gombak. Berat rasanya nak meninggalkan kampung halaman namun aku harus korbankan perasaan aku demi mengenggam segulung ijazah. Minggu ni saje, assignment contemporary issues in communication, research methodology, method of da'wah, practicum ngan human relations setia menunggu untuk di hantar pada 5 October depan. Program aku pulak akan start 8 October, aku harap semuanya berjalan lancar. Tapi buat masa ini, takde perkembangan dari commitee bertugas. Bila ckap pasal team program ni, aku rasa sedih sangat sebabnya mereka seolah acuh tak acuh dalam buat kerja. Sebagai ketua, aku perlukan updates dari mereka supaya aku tahu apa yang telah diorang buat. Tapi kadang2 apa yang kita harapkan takkan menjadi kenyataan.Berbalik pada cerita awal tadi, sesampainya aku di college ni, suasana sangat sunyi and sekaligus hilang mood tuk buat assignment. Aku pun tak tahu knape aku suka sangat tangguh keje sedangkan aku sendiri tahu akibatnya. Bila dah last semester, jadi semakin malas. Astaghfirullahalazim..apa lah nak jadi..Macam mana nak organize semua benda ni...Aku tak tahu la apa yang sebenarnya aku serabut tapi yang pastinya aku memang lain dari diri aku sebelum ni..Ya Allah, kau ringan kanlah dugaan ini, Kau permudahkanlah segala urusan ku dan permudahkanlah rezeki ku dan seluruh muslimin dan muslimat.

Tuesday, September 22, 2009

Hari ke-3 di aidilfitri

Start dari pagi lagi, aku ngan adik-adik kena bangun dan tolong mak masak sarapan pagi sebab akak aku ada interview dekat eon capital, terengganu. Menu pagi hari ni; nugget, nasi goreng, mee goreng, air milo panas dan teh o panas. Baru je siap masak semua ni, mak dah pun bagi idea untuk terus masak makanan tengahari..wallawey, penat la jugak. Lepas siap- siap, mak sedara nak datang, jadi kena masak bihun goreng pulak. Asyik menggoreng ajer..haha..dengan pertolongan ayu, ati dan mak.Tetamu tak putus-putus dari pagi sampaikan stock ais pun dah nak habis. Penat punye pasal, pukul 4.30pm, ktaorang tertidur.bangun pukul 5.30pm ada lagi tetamu..haha..inilah dinamakan adat kunjung mengunjung..Akhirnya bile dah maghrib, tetamu pun dah tiada.Tapi kalau nak dikira, hari raya pertama dan kedua lagi lah memenatkan coz time ni kitaorang dengan 3 buah kereta beraya sakan kat rumah sedara mara dan yang lagi best, kitaorang pergi melawat masjid kristal lagi..bile tengok pemandangan kat sana, rasa lagi aman. Apa yang menyedihkan pulak hari ni, along dengan family dah pun pulang ke rumahnya di ampang, kak gee dan family tidur kat rumah mertuanye, kak nor plak balik ke rumah nenek and tinggal lah kitaorang sekeluarga. Sunyi jugak rasa sebab dah tak dengar suara si kecil aleesya qaisara merengek ngan umi nya.Dah takde sangat bunyi bising. Besok, kawan baik aku jemput ke majlis pertunangan dia..harap- harap tak ramai sangat orang. bukan ape, segan plak rasanya pergi ke majlis macam ni..hehe..ntah pape..