Makna sebuah perhubungan...
Bila masa berganjak hari demi hari
Pastinya semua yang indah bakal pudar
Tatkala semua kelakuanmu pasti ada yang tidak lagi disenangi
Semua itu pasti mencetuskan rasa tidak senang
Pastinya beribu persoalan akan diungkitkan
Mengapa dulu begini dan sekarang tidak lagi
Jika hari ini terbentang luas debat persoalan
Sehingga siang menginjak ke malam semuanya masih kusut
Benar...
Hati ini terdetik untuk mencuba semula dan memperbaikinya
Tetapi hari demi hari pasti ada sahaja yang mengundang amarah
Akal memberontak untuk terus akhiri semua sketsa kehidupan
Namun hati masih memujuk untuk bersabar
Setiap detik memujuk hati untuk melupakan semuanya
Setiap kali itulah hati merintih menahan segala kesedihan
Makin lama luka semakin dalam
Berharap hari esok pasti berubah segalanya
Apa pilihan yang ada
Jika ianya semudah yang difikirkan untuk terus berkongsi duka
Pastinya bukan diri ini
Tidur pasti membuatkan segala tragis terubat seketika
Hari ini....
Duka dan sendu bertamu lagi dihati
Jari pantas menitipkan bait bait duka agar segala kesedihan terubat
Kadang kata kata titipan dan rintihan di google menjadi penyelesaian
Ingin sahaja diluahkan pada sesiapa
Namun ak sedar yang ianya tak semudah itu
Semoga di suatu hari dia kan sedar yang aku terlalu terluka
Ku cuba bertahan selagi mampu
Bingkisan hati...
24 September 2017